Wednesday 30 March 2016

Bantal sulam applique Batman & Ironman

Hari ni saya nak berkongsi tempahan bantal hiasan dengan logo batman & kepala Ironman. Applique sulaman ini saya beli online di embroidery.com.... mahal jugak sebab bayar guna currency usd. RM tgh jatuh pulak masa beli tu. Tapi beli sekali je dapat guna sulaman ni berkali-kali. Alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan. Customer pun suka.

Niat hati nak belajar design sendiri software sulaman saya ni memang sayonara sebab dah setahun berlalu memang tak tengok apa pun. Kesibukan bekerja & menyiapkan tempahan sahaja sudah mengambil masa. Jadi saya cuma beli design yang dah siap boleh terus sulam, kebanyakan design saya beli online kat website mat salleh. Harga dia murah je tapi convert RM banyak jugak nak kena bayar.

Saturday 26 March 2016

Order bantal owl dgn keychain

Order ni dari seorang customer yang nak hadiahkan untuk kenalan nya yg lain. Kiranya dia order dan saya pos terus pada pemiliknya bukan kepada customer yg order tersebut. Customer design sendiri untuk keychain sementara bantal owl customer saya sertakan screen shot dari ig saya. 

     Semasa proses menyiapkan order saya beberapa kali bertanya pada customer, sebab nak confirm semula keychain yang saya buat menepati kriteria yg diperlukan. Selepas berbalas-balas whatsapp, saya terpaksa besarkan sedikit tulisan QA, yg lain-lain ok. Sukanya hati kerja betul, tepat, cepat siap. 

Owl pillows@bantal owl

Berikut saya sertakan beberapa order bantal @ plushie owl. Ini merupakan tempahan customer-customer kesayangan saya. Terima kasih sentiasa memberikan sokongan kepada Yaniso Cute Craft.

Keychain nama

Masa mula-mula berkraf saya teringin sangat nak buat keychain nama. Gigihlah saya gunting huruf satu-satu. Ambil order walaupun tak berapa banyak tapi cabaran nak menggunting huruf yang kecil-kecil ni sangat menguji kesabaran. Jadi saya usahakan juga untuk dapatkan big shoot dan beli dies huruf, satu jenis dulu jadilah. Di sini ada saya sertakan sebahagian order untuk keychain nama dari felt. Selepas ni saya nak pelbagaikan bentuk keychain nama ini.

Bantal hiasan

Saya memang suka buat bantal hiasan. Material fleece & felt. Ada juga saya guna flannel & cotton, tapi tak banyak. Jom cuci mata tengok koleksi bantal-bantal hiasan di Yaniso Cute craft

Buat car cham

Order ni tahun lepas punya hujung tahun 2015. Car charm Allah Muhammad. Ditempah oleh seorang kenalan untuk wedding sepupunya. Jumlah semua dalam 400 ++. Sy dh tak ingat jumlah sebenarnya.

Join vendor butik


Tahun lepas saya ada join vendor butik. Sekadar ingin mencuba dan tambah pengalaman & kenalan. Asalnya saya memang tak tahu langsung tentang vendor butik ni. Kawan saya lepas explain sikit & diikuti dgn google sana sini fahamlah saya. Tapi sy pun bekerja jadi tak banyak la buat stok untuk diletak di vendor butik tu. Butik tu minta saya buat banyak bantal lagi, pelbagai jenis & bentuk tapi apakan daya saya betul-betul tak sempat. Suami pula dikehendaki hadir kursus lama juga berbulan di Melaka. Jadi lepas bulan ke 2 join vendor saya meminta maaf dengan butik tersebut sebab terpaksa hentikan sewa di butik tu sebagai vendor. Hujung minggu tu saya ambil semula barangan yang tak dijual dan sewa bulan tu kontra dengan hasil jualan. Di masa akan datang saya memang nak join semula mungkin ada rezeki boleh pelbagaikan barangan untuk diletakkan di butik tersebut. Doakan saya...

Di bawah ini ada disertakan sebahagian bantal owl yang saya sediakan untuk di letakkan di butik tersebut. Yang background putih cantik tu saya screen shot dari fb butik tersebut. Butik ni rajin update fb promote barang2 vendor di butik mereka. Kalau anda semua nak tahu butik tu nama redara butik. Boleh seacrh fb & ig mereka. Memang terbaik.

Friday 11 March 2016

Keychain felt comel

Saya paling suka gentel2 kain felt ni sampai jadi keychain macam ni. Cuma kekangan masa buat saya semakin jarang buat keychain. Kebanyakan order buat bantal. Saya suka buat keychain sebab jahit tangan sambil2 tengok tv, sambil2 jaga 2 anak, opsss... saya bekerja ya, ini cerita bila dah balik rumah. Jadi masa berehat duduk2 tengok tv biasa saya akan menjahit juga walaupun sekejap. Bia dah siap sesuatu kraf tu yang buat saya seronok. Beria2 lah ambil gambar, pos kat fb, ig, next day nye saya poskan kepada customer. Ini ada saya sertakan contoh keychain felt yg saya buat. Harga paling murah rm 1.50 sahaja. Yg kecil & simple. Ada juga saya buat berdasarkan design yg customer bagi.