Wednesday 17 May 2017

Hadiah Hari Guru

Sehingga tarikh entri ini ditulis 18May2017, saya masih menerima tempahan untuk hari guru. Biasa memang selepas hari guru baru sekolah-sekolah buat sambutan Hari Guru, ada juga yang buat sebelum 16May, sebab lepas tarikh tersebut mereka nak fokus pada murid-murid  yang akan menghadapi peperiksaan atau ujian yang berkaitan. Janji sambut Hari Guru dalam tempoh terdekat. Janganlah tak sambut langsung atau sambut lambat sangat. Ini la masa nak raikan cikgu-cikgu kita. Siapa pun kita pada hari ini ada yang mengajar ya... pandai mana pun kita ni ada cikgu yang mengajar. Ingat lahir-lahir je boleh jadi pandai? Dan semestinya Cikgu pertama kita mestilah mak kita. I love u mak😍😍😍

Monday 24 April 2017

Craft felt world

Lama betul saya tak jenguk blog saya ni... sendu je. Tak apalah janji terupdate jugak kali ni. Krafter pun semakin ramai. Welcome to craft world... he he. Boleh gitu? Saya ni walaupun banyak group whatsapp dengan rakan-rakan krafter yang lain, saya pegi mana2 susah betul nak terjumpa produk hasil kraft. Maksudnya di sini walaupun ramai newbies dalam dunia kraft ni, produk kraft felt masih sedikit lagi hasilnya nak dibanding barang-barang lain. Hari-hari saya pergi kerja naik motor, ulang alik puchong-kl selama hampir 5 tahun baru sekali saya nampak bantal felt berada dalam kereta orang di bahagian bonet. Selain dari tu tak ada pun. Teringin jugak nak tengok tissue box cover ke, car charm ke,  yang ada semua pun barang 'Made in China'... so marilah kita sama-sama menambahkan lagi produk kraft felt ni banyak-banyak kat dunia ni... ha ha.