Monday 5 September 2016

keychain nurses day

selamat hari jururawat untuk semua jururawat. walaupun hari jururawat dah lama sangat berlalu tetapi saya masih dapat tempahan utk hari jururawat ni. pada saya kerja jururawat kerja yg mulia dan fardhu kifayah. Jadi tak kisah  sambut nurses day ni pada bila-bila masa.

Thursday 16 June 2016

Bantal Hari Guru

OMG... lambat betul saya share order hari guru saya. Tak apelah... janji update juga blog ni. Saya percaya walau blog ni masih baru dan tak banyak entri tapi ada juga yang rajin blogwalking, kemungkinan untuk terbaca blog saya yang tak seberapa ini ada juga. Ok, kita layan dulu tempahan-tempahan sempena Hari Guru yg lepas. Ada bantal hiasan yang superb, keychain bantal, car charm dan bekas pensel.

Tuesday 26 April 2016

Bantal hiasan sulam konvo

Kali ini saya nak berkongsi tempahan sulam bantal konvo. Material daripada fleece dan sedikit felt. Customer sendiri design bantal konvo dan bagi cadangan warna. Setelah berbincang melalui whatsapp hasilnya memang cantik...

Wednesday 30 March 2016

Bantal sulam applique Batman & Ironman

Hari ni saya nak berkongsi tempahan bantal hiasan dengan logo batman & kepala Ironman. Applique sulaman ini saya beli online di embroidery.com.... mahal jugak sebab bayar guna currency usd. RM tgh jatuh pulak masa beli tu. Tapi beli sekali je dapat guna sulaman ni berkali-kali. Alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan. Customer pun suka.

Niat hati nak belajar design sendiri software sulaman saya ni memang sayonara sebab dah setahun berlalu memang tak tengok apa pun. Kesibukan bekerja & menyiapkan tempahan sahaja sudah mengambil masa. Jadi saya cuma beli design yang dah siap boleh terus sulam, kebanyakan design saya beli online kat website mat salleh. Harga dia murah je tapi convert RM banyak jugak nak kena bayar.

Saturday 26 March 2016

Order bantal owl dgn keychain

Order ni dari seorang customer yang nak hadiahkan untuk kenalan nya yg lain. Kiranya dia order dan saya pos terus pada pemiliknya bukan kepada customer yg order tersebut. Customer design sendiri untuk keychain sementara bantal owl customer saya sertakan screen shot dari ig saya. 

     Semasa proses menyiapkan order saya beberapa kali bertanya pada customer, sebab nak confirm semula keychain yang saya buat menepati kriteria yg diperlukan. Selepas berbalas-balas whatsapp, saya terpaksa besarkan sedikit tulisan QA, yg lain-lain ok. Sukanya hati kerja betul, tepat, cepat siap. 

Owl pillows@bantal owl

Berikut saya sertakan beberapa order bantal @ plushie owl. Ini merupakan tempahan customer-customer kesayangan saya. Terima kasih sentiasa memberikan sokongan kepada Yaniso Cute Craft.

Keychain nama

Masa mula-mula berkraf saya teringin sangat nak buat keychain nama. Gigihlah saya gunting huruf satu-satu. Ambil order walaupun tak berapa banyak tapi cabaran nak menggunting huruf yang kecil-kecil ni sangat menguji kesabaran. Jadi saya usahakan juga untuk dapatkan big shoot dan beli dies huruf, satu jenis dulu jadilah. Di sini ada saya sertakan sebahagian order untuk keychain nama dari felt. Selepas ni saya nak pelbagaikan bentuk keychain nama ini.