Saturday 26 March 2016

Join vendor butik


Tahun lepas saya ada join vendor butik. Sekadar ingin mencuba dan tambah pengalaman & kenalan. Asalnya saya memang tak tahu langsung tentang vendor butik ni. Kawan saya lepas explain sikit & diikuti dgn google sana sini fahamlah saya. Tapi sy pun bekerja jadi tak banyak la buat stok untuk diletak di vendor butik tu. Butik tu minta saya buat banyak bantal lagi, pelbagai jenis & bentuk tapi apakan daya saya betul-betul tak sempat. Suami pula dikehendaki hadir kursus lama juga berbulan di Melaka. Jadi lepas bulan ke 2 join vendor saya meminta maaf dengan butik tersebut sebab terpaksa hentikan sewa di butik tu sebagai vendor. Hujung minggu tu saya ambil semula barangan yang tak dijual dan sewa bulan tu kontra dengan hasil jualan. Di masa akan datang saya memang nak join semula mungkin ada rezeki boleh pelbagaikan barangan untuk diletakkan di butik tersebut. Doakan saya...

Di bawah ini ada disertakan sebahagian bantal owl yang saya sediakan untuk di letakkan di butik tersebut. Yang background putih cantik tu saya screen shot dari fb butik tersebut. Butik ni rajin update fb promote barang2 vendor di butik mereka. Kalau anda semua nak tahu butik tu nama redara butik. Boleh seacrh fb & ig mereka. Memang terbaik.

No comments:

Post a Comment